How It All Started
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya memperkenalkan diri.
Namaku Muhammad Amir Khan Bin Mohamed Iqbal.
Ya Amir Khan, bukan pelakon Bollywood 'famous' Aamir Khan tu taw,
or Boxer United Kingdom tu ok.
Tak dinafikan, ketiga-tiganya hensem 🤣
Ok cukup.
Berumur 26 tahun dan saat ini masih bujang lapok. Bekerja tetap sebagai Pramugara di
AirAsia X Berhad. Bermula dari tahun 2014 hinggalah sekarang.
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang belajar dari kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu dan ayah. Ketika berumur 6 tahun mula belajar di Taski An-Nur, kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Teluk Bahang, Pulau Pinang sehingga darjah 5, seterusnya di Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang jugak. Jadi ceritanya cheq ni memang anak jati Utagha lah
Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (Lelaki). Tahun 2006 hingga 2010. Boleh dikatakan di sinilah banyak pengalaman suka duka pahit manis yang menjadikan diriku seperti sekarang ni. Yang kalau baiknya sifatku datang dari Allah, burukku datang dari Dia jugak namun disandarkan atas kelemahan diriku yang hina ini.
Setelah tamat belajar, aku sempat bekerja di sebuah kilang dan juga panggung wayang
(tiket free ^^). Kemudiannya menyambung pengajian peringkat Diploma bidang Perikanan. Dari tahun 2011 hingga 2013.
Ok memang sebenarnya ni bukan bidang pilhan utama kalau nak diikutkan, namun itulah jalan takdir. Yang Maha Bijaksana yang mengatur segala urusan hamba-hamba-Nya. Baru aku temukan dan nampak keindahan ciptaan Ilahi. 3 tahun pengajian masih tak cukup sebenarnya terokaan seluas lautan.
Kalau nak dikongsi pengalaman, gambar-gambar pun tak muat di sini. Tapi kalau nak dengar pengalaman lisan, Jom Open Table!
Dan sekarang, Alhamdulillah diberi izin olehNya untuk sambung kembali pengajian peringkat Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Walaupun agak lari bidang, namun InshaAllah aku percaya Dia selalu permudahkan urusan hamba-hambaNya yang nak menuntut ilmu. Amiinnn...
Oh ya! Sebelum aku akhiri post pertama ni, nak bagitahu minat aku yang sangat mendalam terhadap Sejarah & hobiku dari kecil iaitu Seni. Jadi untuk entri akan datang, aku fokuskan hasil-hasil seni aku yang terkini. Dan kebanyakannya dalam bahasa Inggeris yah!
Bubbye!
Ma'assalamah!
Comments
Post a Comment