AVDI VIDE TACE




AVDI VIDE TACE

Tak pernah dengar frasa ni kan?
Ok sebenarnya ia membawa maksud

'Hear See Be Silent'

Untuk Entri kali ni, aku nak kenalkan kepada semua tentang satu Organisasi Rahsia.
Dulu orang tak kenal. Sekarang makin ramai yang tahu.

Sebabnya?
Misi atau Plan mereka dalam merencanakan segala yang berlaku
di dunia pada hari ni sudah berjaya.

Tapi jangan lupa, untuk kita yang beragama Islam, berpegang teguhlah pada
ajaran dan sunnah

وَمَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ


Maksudnya : "Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya)."


(Surah Ali `Imraan : ayat 54)



Sebut lah apa sahaja. Hedonism? Kebebasan beragama?
Dan segala macam jenis benda yang tak terjangkau dalam akal fikiran kita.

Pada sesetengah orang, ini semua sekadar Teori Konspirasi.
Tak beraskan fakta. Ya. Sampailah muncul kewujudan Lodge-lodge/Rumah Hantu
organisasi ini di serata dunia termasuk Malaysia sendiri.

Kemasukan paling awal? Nah aku tinggalkan klu.
Sebagai contoh perletakan Batu Asas Freemason di Pulau Pinang
pada tanggal Francis Light singgah menjajah di sini lagi.

Terlampau banyak untuk diceritakan dari awal bagaimana mereka bermula,
hinggalah sekarang mereka berjaya menguasai dunia.
Menjadikan manusia-manusia lain sebagai kambing.

Carilah bahan bacaan berkenaan mereka, agar kurang sikit rasa terkejut tu :p




Dalam kata mudah, terjerat dalam sistem dan kitaran bodoh.
Lahir, membesar, pergi sekolah, kerja, kahwin, beli rumah (hutang), beli kereta (hutang),
sakit, mati.

Jadi sekadar itu tujuan hidup kita?


Petikan Ucapan Terakhir Dato Onn Jaafar sebagai YDP UMNO 1951

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

...saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu..."




Aku tak mampu coretkan semuanya di sini. Tapi aku harap 
wujud rasa ingin tahu dalam diri kita untuk mengambil tahu
serba sedikit tentang mereka ni.

Freemason cuma satu dari kepingan puzzle-puzzle yang berselerakan
yang menghubungkan beratus-ratus organisasi sulit & rahsia yang lain.
Semoga berjaya.

Istiqamah


Comments

Popular Posts