Tugas Harian


Hi Semua! 

Untuk entri kali ni, aku nak share serba sedikit tentang kehidupan harian sebagai pramugara. Selain dari jual-jual Nasi Lemak Pak Nasser yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ni, 


tugas utama seorang pramugara/pramugari tak lain tak bukan adalah memastikan keselamatan diri, penumpang dan jugak kapal. Agar kita semua selamat sampai ke destinasi yang nak dituju.



Jujurnya rata-rata orang asyik mengeluh saban kali bila 'flight delay' atau pesawat lambat tiba, atau lambat berlepas. 

Namun berapa ramai yang cakna, keadaan cuaca di luar? 



Seberapa selamat kapal/pesawat yang nak dinaiki tu kalau tak diselenggara? 




Berapa ramai yang ambil kira statistik kemalangan udara beberapa tahun kebelakangan ni?




Kebanyakan puncanya tak lain tak bukan adalah isu teknikal pesawat dan cuaca. Kapal terbang ni bukan macam Bas, boleh sekejap berhenti dan bergerak semula.

Setiap hentian atau transit di mana-mana lapangan terbang, pesawat akan diperiksa semula. Enjin, Minyak, Kabin kapal, Kipas. Semua ini tentunya mengambil masa. Dan tak lain tak bukan, hanya untuk pastikan semua orang selamat sampai. Namun masih lagi ramai penumpang yang mengeluh.

Entri ni bukanlah untuk menakut-nakutkan semua, kemalangan berlaku di mana-mana sahaja. Baik udara, darat mahupun air. Namun kita masih boleh elakkannya dari berlaku.

 Atas dasar 'Customer always right' atau pelanggan selalunya betul, dalam hal keselamatan penerbangan anda sendiri,samada tiket anda mahal ataui murah, prosedur tetap harus dijalankan dan perlu dipatuhi.

Frasa Biar lambat asal selamat tu masih boleh digunapakai untuk perjalanan udara, bukan hanya darat.

Sebelum aku akhiri entri ini, aku selitkan satu video Khas Hari Raya 2017. Di samping keseriusan anak-anak kapal ni dalam menjaga keselamatan penumpang, masih mampu bergelak-tawa walaupun dalam hati berduka dek tak dapat cuti raya. 




Enjoy!

Comments

Popular Posts