Haji Mohd Dak
Kilauan Emas Tidak Terkira,
Emas Ditempah Si Manis Melati,
Usah Dilupa Jasanya Perwira,
Untuk Negara Mereka Berbakti.
Insan di atas adalah moyangku sebelah Ibu, Haji Mohd Dak.
Tentulah tak sempat aku bersua dengan insan ini,
Hanya mampu mendengar cerita lisan dari arwah nenek dan ibu.
Mujur ada sekeping dua gambar untuk tatapan.
Sejarahnya.
Hidupnya.
Perjuangannya.
Askar British di zaman pasca kemerdekaan. Maaf aku tak ingat Rejimen/Batalion.
Seingat aku waktu aku kecil, aku dibawa oleh keluarga ke Muzium Pulau Pinang.
Di sana ada gambarnya bersama barisan tentera-tentera yang lain.
Garang orangnya. Tegas. Penyayang.
Pernah menerima 'Penampar Jepun'.
Yang 'Real'.
Jepun masuk ke kampung-kampung kami waktu itu (Teluk Bahang, Pulau Pinang)
Cari radio dan tali barut British.
Terus terjah ke rumah moyangku.
Atas maklumat dari pengkhianat bangsa Si Kitol Melayu.
Yang entah dari mana berhasad dengki.
Namun tak jumpa apa-apa.
Alhamdulillah tiada siapa yang cedera.
Cuma beliau ja yang ditampar.
Terima kasih atas jasamu melindungi kawasan yang diamanahkan kepadamu.
Aku harap tidak kedengaran lagi
mana-mana petualang yang cuba lagi menjadi pengkhianat bangsa atau negara di Tahun 2020 ni.
Kalau ada kelapangan aku nukilkan lagi pasal beliau di waktu yang lain InshaAllah.
Salam Perjuangan
Comments
Post a Comment