Jeju Island


"TAKE ONLY MEMORIES, LEAVE ONLY FOOTPRINTS"


ANNYEONGHASEYO!


Untuk Entri kali ni, aku nak share pengalaman aku ke Jeju Island! Tak banyak tapi sekadar cukup untuk penyedap mata okeyh?!

Dah tentunya travel while working. So penerbangan aku ke Jeju ni pada tanggal 30 Mei 2019.
Memang sebelum-sebelum atau selepas-selepas tarikh tu ada ja aku 'fly' ke Jeju lagi, cuma trip kali ni
aku ambil keputusan untuk keluar tengok dunia kejap. Berbanding yang selalu aku buat, tidur +
makan + tidur dan tidur. Ditambah pulak dengan 
'Set Crew' yang terbang bersama aku kali ni semua yang 'Fun & Happening'.


Jadi kami buat keputusan untuk keluar jalan-jalan pusing satu Pulau Jeju tu.



Tak besar pun kan?

Jadi trip perjalanan pusing-pusing satu hari tu cukup sebenarnya. Haha.
Bermula awal pagi Jam 8, kami sewa van. Yalah 8 orang kot, muat nak sewa kereta?
Aktiviti pertama yang kami buat ialah Makan :D
Lapik perut sebelum nak 'qetuk kuman' orang Utara cakap.

Lepas tu terus ke Seongsan Ilchulbong Peak. Ataupun Sunrise Peak.
Namun seperti yang sedia maklum, waktu da nak masuk tengahari,
jadinya memang matahari pun 'Peak' jugak la atas kepala.
Cumanya 'it's Winter!!' Jadi tak la panas sangat ^^



Pengenalan sikit, puncak ni terhasil akibat daripada letusan gunung berapi
100 000 tahun dahulu. Hmmm harap-harap tak meletus masa kami 'hiking'
nanti lah kan.




Tak lama pun mendaki, cuma Sejam lebih ke 2 jam. 
Dan ramai jugak yang mendaki hari tu. 
Termasuk aku semestinya.


Haaaaa. Ni gambar aku da sampai puncak gunung.

Sebenarnya lepas mendaki ni, kami ke tempat yang lain lagi, namun untuk Entri kali ini,
aku coretkan sampai di sini dahulu. Kita bertemu lagi di Entri seterusnya OK?!


Bubbye~~

Comments

Popular Posts