Pusaka Gayong




Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu,
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku. 

Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu,
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.

Jikalau ada dulang di tangan,
Jangan biar jatuh terhempas,
Jikalau ada senjata di tangan,
Jangan biar orang rampas.

Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hanyut lautan tujuh,
Pecah Gayong perpecahan Sayang,
Di satu masa kembali berteguh.





(Ha yang dalam bulatan merah tu aku lah tu. Kualiti Kamera-3gp)



Pertubuhan ini bermula dengan inisiatif seorang pelajar,Saudara Dicky Zulkarnean yang aktif dalam dalam pertubuhan seni bela diri di luar sekolah.Atas minat dan kemahuan yang tinggi,didorong pula dengan sokongan rakan-rakan seperjuangan an setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah,Alhamdulillah,gelanggang Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong SMK Agama 
Al-Mashoor(Lelaki) berjaya ditubuhkan.

Bermula dengan keahlian generasi '88',pertubuhan ini terus berjaya mendekati pelajar untuk membabitkan diri dengan seni silat warisan bangsa. Cabaran yang dihadapi tentulah untuk membuang stigma negatif Putra Almashoor yang kebanyakan berfikir bahawa seni silat dipenuhi dengan unsur-unsur mistik, tahyul serta perkara-perkara yang khurafat.Seni silat Gayong di bawah tangan Cikgu Ismail Chik adalah aliran silat yang memperjuangkan akidah tauhid yang benar mengikut kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menentang keras sebarang unsur-unsur yang sesat dan syirik.

Aku jugak antara yang kerap ponteng latihan silat petang-petang T_T
Dek kerana termakan hasutan kengkawan yang lain nak main bola lah, itu lah, ini lah.
Namun Alhamdulillah dan InshaAllah, aku akan masih berpegang teguh pada amanat dan pesan  cikgu. Terima kasih cikgu untuk tauliah Jurulatih - Pelangi Merah Cula 2. Moga bermanfaat ilmu ini suatu hari nanti.


Banyak pencapaian yang telah dilakarkan oleh pertubuhan ini untuk mengharumkan nama sekolah antaranya ialah ;

a) Mewakili Pulau Pinang dalam SUKMA
b) Mewakili pertubuhan dalam Festival Sukan Kombat (FESKOM)
c) Mewakili pertubuhan dan daerah untuk Sukan Pulau Pinang (SUKPEN)
d) Mewakili Pulau Pinang dalam Pertandingan Silat Remaja Kebangsaan
d) Mewakili negeri dan pasukan kebangsaan dalam Pertandingan Seni Silat Sekolah-Sekolah Malaysia & Jemputan ASEAN
e) Adat istiadat sembah hormat kepada mantan PM - Tun Abdullah Badawi
f) Team demo silat di Satun,Thailand (Ni aku terlibat)
g) Kontijen silat ulangtahun pertama Georgetown Tapak Warisan UNESCO (Ni pun)
h) Kontijen silat di Karnival Sekolah Kluster Kebangsaan

Berkat kesabaran guru kami,Ayahanda Ismail Chik telah berjaya mendidik Putra-putra Al-Mashoor untuk mendalami ilmu persilatan dan adab sesama Muslim.Beliau berasal dari Gurun,Kedah dan merupakan antara anak didik Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman (Pengasas Seni Silat Gayong Malaysia dan Antarabangsa).Beliau antara lapan orang guru utama yang diberi mandat untuk menyebarkan Seni Silat Gayong di Semenanjung Malaysia.Beliau akhirnya tinggal menetap di Pulau Pinang dan menjadi guru utama di gelanggang PSSPGM SMKA Al-Mashoor(L) dari tahun 1988 hinggalah sekarang.Akhir kata,semoga gelanggang ini terus cemerlang dalam arena persilatan di samping teguh memperkuatkan benteng pemuda mempertahankan Agama.


Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa,
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Comments

Popular Posts