Shanghai
"Kita pertahankan sejarah sendiri bukanlah kerana mana-mana PARTI. Kita pertahankan sejarah sendiri bukan sebab KETUANAN apa-apa.
Kita pertahankan sejarah sendiri sebab TIADA SIAPA di dalam dunia ini boleh sesukahati menipu sejarah dan nasab bangsa kita" - Srikandi
Ya. Aku cintakan sejarah. Sejarah Agamaku. Sejarah Bangsaku, Sejarah Tanah Airku.
Dari situ baru kau belajar, erti segalanya. Adab. Budaya. Harmoni. Tolak Ansur. Toleransi.
Bukan hanya sekadar laungan. Namun harus jadi amalan.
Tatkala merantau ke benua asing, aku bawakan bersama nukilan sejarah yang tidak asing.
Semberani Sang Bidasari.
Aku curi masa untuk secebis coretan. Apa saja panggilan, puisi?pantun?gurindam?syair?
Yang tidak asing bahasanya. Yang menjadi jiwa bangsa.
Termenung jauh daku berdiam diri
Mencari cari erti hidup sehari-hari
Tak lekang jua bermunajat pada Ilahi
Masihkah ingat pada Dia kita berjanji?
Alhamdulillah rezeki datang dari-Nya
Beberapa benua mampu aku kunjung
Namun tiada yang setanding tanah Sunda
Di mana bumi dipijak Disitu langit dijunjung
Ingin kulakar sejarah warisan keturunanku
Masih berselerakan jurainya bertaburan
Tidak pula patah semangat pencarianku
Selagi mana hayat dikandung badan
Biar masa dicuri kerja duniawi
Jangan biarkan akalmu diracuni
Sejarah bangsa mulanya sebelum Masihi
Bila mahunya engkau siapkan diri?
(Half-Blood)
Comments
Post a Comment